Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.
Heee, sebenaqnya dok nervous ni tapi nak share jugak nak bagi ghasa sedap feeling kita sesama.
Basically kita baru je lepas draft satu post kat kita punya own blog. But after completing the draft, I feel like a responsibility nak post sama dekat blog kita dua ( Oh, hi Hudaaaaa ) *wink*wink* Pebenda lagi nak cakap kalau tak cakap pasal kita punya red letter day that`s about to come in nine days? Yaaaaaa, results beb.
I know this is not the favourite topic to be posted on any blog and I myself did not have the confidence to post this entry. I have to admit it took me a lot of courage kot nak post ni. But for the sake of sharing to my dearest friends about an advice from Syahirah, Kak Aimi from our halaqah sisterhood and my syok-syok-but-make-sense illustration, I post jugak in the end.
Firstly, the advice given from Syahirah to Huda and later on passed to me was ;
" Lebih baik kita mintak dekat Allah, results yang
terbaik untuk Iman kita "
Its the same quote I used back in my blog but its a very good advice and sharing it would be very beneficial. Nak explain pakai contoh, nanti panjang berjela pulak. So pendek kata, maksud Syahirah tu, whatever yang kita bakal dapat nanti tu, adalah yang terbaik untuk Iman kita, sebab kita dah doa dekat Allah apa yang kita nak. Baru mudah nak redha dengan apa yang Allah bagi ;) Makes perfect sense kan? Dapat result bagus, belek2 balik Iman kita. Boleh turn out to be a better person or vice versa. ( Heee taknak la yang vice versa tu ) Nauzubillahiminzalik. Mintaaa jauuhhhh !
Secondly, an advice from Kak Aimi dari set2 halaqah was ;
"Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Sesungguhnya, Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Antunna nak dapat result cemerlang? YAKIN dengan Allah !"
SubhanAllah. Best gila kot masa dapat tahu tu. Semua orang cam "Fuyoooooo". Jakun sat la.
Kak Aimi kata, kerja kita lepas dah doa, usaha, ikhtiar, kita tawakkal. ( Alaaa yang akronim DUIT tuu ) Lepastu kita takleh lupa untuk Yakin dengan Allah. Sebab tak guna kalau kita doa sungguh-sungguh tapi kita masih tak yakin. Makna kata, kalau kita dok rasa tak yakin jugak dengan diri sendiri, maka YAKINLAH kepada ALLAH SWT. Because Allah is Sufficient.
![](http://learningaboutislam.files.wordpress.com/2013/03/allah-is-sufficient-for-me.png)
Kita ada kawan seorang hamba Allah ni, top student seluruh SBP dan Malaysia ya. Dulu dia sangat- sangat poyo dengan kelebihan dan kepandaian yang dia ada. Poyo dia tu hahahaa memang aiiyyyy sabaq ja la. Berapa kali dah zaman PMR nak sabar dengan hamba Allah ni. Selalu pulak kena perli dengan dia mentang-mentang markah dia lagi tinggi. ( hahaha tak kisah pun sebab dia memang pandai gila gila ) Tapi sejak dia semakin menaik ni, sejak dia dapat macam-macam title ni, dia jadi makin rendah diri. Alhamdulillah :)
Lol.
Tetiba cerita pasal hamba Allah ni apa kena mengena kan? Nak cerita sebenaqnya, hamba Allah ni dia cakap benda yang sama kak Aimi cakap. Dia kata
"You kalau nak doa, kena ada keyakinan. Kalau you nak tahu sangat secret I, setiap kali I doa, memang I doa yakin habis-habisan. Tapi bukan I nak berlagak, Alhamdulillah, setiap apa yang I mintak, Allah makbul je"
Nak kata nya, memang dengan keyakinan jugaklah yang kita boleh dapat apa kita nak. Sebab kita bersangka baik dengan Allah. Indahnyaaaaaa :') Kak Aimi sendiri cerita, beliau nak apa-apa pun beliau doa dengan penuh keyakinan dan positivity. Kita relate je kedua-dua cerita ni dengan apa yang Kak Aimi advice sebab memang betul pun. Kalau Allah boleh bagi kepada mereka, kenapa tak kepada kita? InsyaAllah, Allah makbulkan doa-doa kita semua. Cuma cepat atau lambat ja. Sabaq lah na? Allah kan is with the patient *wink*wink*
Okay, lastly ni yang my syok-syok-but-make-sense illustration which was inspired by Ustaz Kamal`s talk ;
Ustaz Kamal ada pesan ;
"Hampa kalau nak doa, boleh amik berkat daripada setiap kebaikan yang hampa pernah buat sepanjang dua taun hampa mengaji kat maktab ni atau sepanjang hidup hampa"
My illustration of what ustaz said ;
Memang la ai tak lupa hat ni. Pasaipa? Pasai apa yang ustaz kata ni, seolah-olah kita punya PEMBANTU untuk menguatkan lagi permintaan kita kepada Allah. Cemana nak explain eh? Tapi sejak dengar ustaz cakap camtu, kita susun ayat cemni ;
"Ya Allah, aku mengambil berkat daripada setiap kebaikan kecil (walau sekecil-kecil zarah) yang pernah aku lakukan sepanjang hidupku, supaya permintaanku menjadi lebih berkat"
Pada masa yang sama, kita harap sangat-sangat, dosa-dosa yang kita dah buat sepanjang hidup kita atau sepanjang penantian tiga haribulan tiga ni tidak menjadi PENGHALANG kepada permintaan kita itu dimakbulkan. So kita susun la pulak ayat tambah kat belakang tu cemni ;
"Dan Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, janganlah setiap dosa yang telah aku lakukan selama ini, Kau jadikan sebagai penghalang untuk aku cemerlang dunia akhirat. Ampunilah dosa-dosaku serta rakan-rakan seperjuanganku supaya kami berjaya bersama-sama yakni lebih indah."
Ni susun ayat untuk apa ni? Untuk doa la awaks. ( Yang penuh dengan KEYAKINAN tuuuu ) *Tengok2 memang ada doa yang betul punya. Kita ja taktau. Ada kot? Pepandai ja bina ayat. Takpa eh, sesiapa yang taktau pasai doa tu (kalau ada) macam kita ni, boleh try ni ha tak salah pungg*
Jadi, maghilah kito samo samo do`okea kebaikkea dan kajaya`eaa bersamo. Lillahita'ala itu lagi molek. InsyaAllah dapat rezak molek molek blako. Hok peting, YAKIN. Bismillahirrahmanirrahim, sama-sama deh? *Sama-sama cuak sebenanya* All the best batch 97.
( Kelantanese mode on. Credits to Aisya )
Ngelah sekali (Last sekali), my illustration mungkin ada salah dan silap tolong la tegur beb kalau ada *wink*wink* Yang lain Alhamdulillah masih fresh di minda tentang apa-apa yang dikatakan oleh mereka yang dihormati dan insyaAllah sahih beb.
Sekian sahaja entry kalini. I would love to remind that this post is to share what`s beneficial to this blog and to my dearest friends. Wallahualam bissawab.
With love, from us :)
No comments:
Post a Comment