First post from Huda.


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah. Blog 'Soulmatesis' dah siap, yayy. 

Huda pun tak tahu nak tulis apa. Memandangkan ni first post Huda, nak curhat sikit boleh?

Blog ni sebenarnya kan Huda share dengan bestfriend Huda, Aireen. Aireen yang bagi idea nak share blog. Lepas dah bahagi tugas apa semua, finally Alhamdulillah blog ni pun siap. Huda kena part edit edit blog, hee. 

p/s : kesilapan terbesar kot kalau bagi Aireen edit. mihmih

Aireen dah cakap dia nak theme floral. Pastu Huda tambah sikit theme ala ala stars cewah sebab favourite moment Huda dengan Aireen, tengok bintang on the way nak ke kelas. Bintang dekat maktab cantik sangat. Oh ya ada satu quote ni dia cakap :

"Bestfriends are like stars. 
You don't always see them, but they've always be there."

Hee, Huda kenal Aireen pun baru dua tahun. Sebelum ni tak pernah jumpa, tak pernah nak berkawan secara maya ke apaa. Alhamdulillah, tak sangka boleh jadi serapat ni. 

  Mungkin sebab ukhuwwah kerana Allah.

Hee, kalau nak tahu, Aireen sekarang dekat London. Jadi memang jauh. Masa pun berbeza banyak sangat. Selain contact through Whatsapp etc, ada lagi satu cara nak rasa dekat, iaitu berdoa.

Hadiah paling best untuk seorang rakan ialah dengan berdoa.

So, tembak ah doa banyak banyak dengan bestfriends kita. InsyaAllah. Harap-harap, kita boleh sama sama masuk syurga dengan bestfriends kita, Insya-Allah.

Okaylah. Panjang pulak. Hee, ukhwah fillah abadan abada from Huda and Aireen with love.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

"Be like a flower that gives its fragrance to the hand that crushes it."