Kelebihan Dhuha (Part 2) :D


   6. Allah SWT akan Mencukupkan Keperluannya

Diriwayatkan daripada Nu'aim bin Hammar Al-Ghothofaniy bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat rakaat solat di awal siang (di waktu dhuha). Maka itu akan mencukupkanmu di akhir siang". 

    7.  Ibadah Sedekah Terhadap Seluruh Anggota Tubuh

Haaaa, this is our favorite part ! 

Tahukah Anda? 

Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi bagaimana yang dijelaskan di dalam hadis dan dibuktikan oleh bidang perubatan. Pastu, dari setiap sendi yang kita ada tu, diWAJIBkan beri sedekah. Hawwwwwww, cemana tuueww? Hahaha so the following text is the miracle on how to make sedeqah with the benefit of 360 sendiS. 

Bagi orang yang mengamalkan solat dhuha, maka akan dengan solatnya itu maksudnya dia dah sempurnalah sedekah terhadap 360 sendi tu. Seorang hamba yang ada pada pagi hari diharuskan baginya bersedekah untuk seluruh anggota tubuhnya dan bahawa sesungguhnya dengan melaksanakan solat dhuha dia dapat menyempurnakan seluruh anggota tubuhnya. 

Daripada Abu Buraidah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

"Di dalam diri manusia terdapat tiga ratu enam puluh ruas tulang, hendaklah dia mengeluarkan satu sedekah untuk setiap ruas itu. Para sahabat bertanya: "Siapa yang mampu mengerjakan hal tersebut wahai Nabi SAW?". Nabi berkata: "Kahak di masjid yang engkau timbus, suatu halangan yang engkau singkirkan daripada jalan. Jika kamu tidak mampu melakukan sesuatu seperti itu, cukuplah bagimu solat dhuha dua rakaat." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

So terbukti dengan kukuhnya pasal pensyariatan solat Dhuha ni :) Dua rakaat solat dhuha, Alhamdulillah dah cukup untuk menyamai sedekah dengan 360 sendi. So kalau macam tu lah gayanya, memang patutlah kan solat Dhuha ni kita jadikan sebagai routine dan dikerjakan secara istiqamah ! 

      8. Pelaburan Jangka Panjang

So as we all know, Solat ni macam kunci utama semua amal kebajikan. Baik solatnya, baik lah amal ibadah yang lain. Buruk solatnya, rosaklah seluruh amal ibadahnya. 

Solat sunat ni penting sebab dengan solat sunat ni, dia act as kita punya penyempurna kepada segala kekurangan yang ada dalam solat fardhu kita :) Dalam hal ni, solat dhuha jadi sebuah pelaburan (jangka panjang). Heeeee, harap faham, eh? 

        9. Mendapat Keuntungan yang Besar

Subtopic ni, ada ceritanya yang disampaikan oleh Abdullah bin `Amr bin `Ash, dia berkata: 
"Rasulullah SAW telah mengirimkan sepasukan tentera. Lalu pasukan tentera itu memperoleh harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali dari medan perang. Perkara tersebut telah menjadi tajuk perbualan orang ramai. Maka Rasulullah SAW bersabda; "Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang lebih beruntung daripada cepat tamatnya perang, banyak memperoleh harta rampasan dan cepat kembali dari medan perang? Iaitu orang yang berwudhuk, kemudian menuju ke masjid untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Dialah yang lebih beruntung daripada cepat tamat peperangan, banyak memperoleh harta rampasan dan cepat kembalinya". ( Riwayat Ahmad )

SubhanAllah. So bersyukurlah kamu yang dulu-dulu tu masa zaman sekolah or sesiapa yang masih sekolah, lepastu sekolahnya ada jadual pula untuk solat Dhuha.

 Alhamdulillah, maktab kitorang ada buat jadual setiap khamis pagi ada slot untuk solat Dhuha di masjid pulak tu. Hehehe, tengok tu? Worth it kan sesiapa yang pergi solat dhuha setiap khamis pagi dekat maktab dulu? Untung gila beb. Hee, lepas keluar maktab, jom try buat benda sama? :) 

       10.  Disediakan Istana di Syurga beb!


Okay, untuk subtopic terakhir ni, hadisnya terdapat dalam hadis yang awai2 dekat subtopic ke-4. Yang hadis tu kata 


" Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha dua belas rakaat, maka Allah SWT akan menyediakan bagimu sebuah rumah di syurga." (Riwayat Baihaqi)
Tu lah hadisnya hehe. 

Conclusion

Ni yang kami listkan sampai 10 ni memang banyak ni je yang ada dalam buku. Tapi fefaham la kalau dalam buku pun dah syok kita baca, apatah lagi kelebihan2 lain yang Allah je tahu syok dia macam mana? 

Alhamdulillah, this is the last post untuk #KempenJomDhuha kitorang. Semua ni kami buat semata-mata kerana Allah dan harap menjadi motivasi agar kita lebih mengambil berat, memelihara dan membiasakan diri dengan solat dhuha. 

Malas? Lawan lah !

Dengan syaitan paling kita kena cuba untuk TAK mengalah :D Cuba itu penting.

Tahukah Anda? 

Solat dhuha ni ada keistimewaan yang sangat out of the ordinary! sebab kita sebagai manusia biasa akan rasa sangat-sangat berat nak menunaikannya. Lagi-lagi untuk uolls yang nak gi kerja ke, nak gi class ke, kuliah ke apa ke. Sebab time Dhuha tu la time weolls dalam transport nak ke suatu destinasi, kan? 

Walhal en, benda takdalah susah mana. 5 minit je sayang. 5 minit apa ada hal berbanding dengan 24 jam yang Allah pinjamkan kat kita ? Mungkin en, kita rasa susah nak buat sebab dua benda simple je which is pertama, tak biasa lagi and kedua, tak tahu lagi keistimewaan solat dhuha. 

Tapi kalau dah biasa nanti? Dengan tahu pulak keistimewaan solat dhuha? Dengan iman yang bertambah-tambah kuat nanti (insyaAllah) ? Confirm buat, kan? Walau cemana pun keadaan kita nanti, mesti nak utamakan solat Dhuha kan? Bahkan, kita akan rasa sayang akan keutamaan redha Allah SWT yang ada pada ibadah yang kita bincangkan ni. 

Last2. Hehehe, the last text of our post untuk #KempenJomDhuha is taken directly from the book itself which is : 

"Cahaya Ilahi sentiasa memancarkan fadhilatnya bagi para hambaNya yang selalu taat dan patuh serta mengharapkan redha-Nya. Itulah kelebihan solat di waktu pagi (solat dhuha) yang sangat rapat kaitannya dengan kelapangan hidup lantara Nur Ilahi yang menerangi hati, serta keluasan dan keberkatan rezeki disebabkan aura Nur Ilahi yang mengiringi segala aktiviti. 
Kemurahan dan keberkatan rezeki dapat dicapai dengan melaksanakan solat dhuha secara istiqamah. Keajaiban dan kelebihan di sebalik ibadah ini akan membawa kekayaan dan kebahagiaan dalam hidup"
 - Ahmad Farhan Chairullah, S.Hi
- Ustaz Arifal Firdaus, S.Hi


Wallahualam bissawab. Harap dengan semua post sepanjang 4 hari #KempenJomDhuha ni, bermanfaat untuk semua, serta sama-sama kita praktikkan amalan ini untuk kebaikan diri sendiri serta usaha kita memenuhkan baldi yang belum penuh dengan pahala dan rahmat Allah SWT. Amalkan tau :D



The Climax : Kelebihan Dhuha (Part 1)

InsyaAllah post yang ni eheee, panjang sikit lah na. Ada 10 subtopic that`s why :)

Sebenarnya kelebihan solat dhuha ni tak cukup kalau nak cerita macam tu ja and tak dapat lah kami nak ucapkan dengan kata-kata walau sefasih mana sekalipun percakapan someone tu kecuali dengan firman Allah SWT, demi waktu matahari naik segalah (dhuha ) yang dengannya Dia telah memberikanmu petunjuk dan tidak membiarkanmu dalam kebingungan. Yang dengan-Nya juga dia telah memberikanmu banyak kurnia. Oleh kerananya wajib bagimu untuk mensyukurinya.

Cemana nak tunjuk kita bersyukur? = ni topik lain.(plus,korang pun boleh jawab) lenkali kita sembang. Hhehe taknak lari topik kayss.

Rasulullah SAW bersabda:

 "Pada pagi hari diharuskan ke atas setiap sendi pada tubuh badan kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanAllah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (Laa Ilaha IllAllah) adalah sedekah dan setiap bacaan takbir (Allahuakbar) juga adalah sedekah. Begitu juga amar ma`aruf (mengajak kepada kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) ialah sedekah. Ini semua boleh dicukupkan (diganti) dengan melaksanakan solat dhuha sebanyak dua rakaat. 

            (Riwayat Ahmad, Muslim dan Daud)

Cool gila kot. Benda banyak gila tapi boleh pulun, simpan, balut dalam satu packet, and yet still dapat pahala yang sama banyak. Serious cool.
Memang awesome kay !

Okay so kan ada 10 subtopic, so untuk kelebihan Dhuha, kitorang buat two parts with each 5 subtopics in them.


  1. Solat Dhuha dapat menghapus dosa-dosa
Rasulullah SAW bersabda ;
"Barangsiapa menjaga solat dhuha maka dosa-dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di laut" ( Riwayat Tirmidzi ) 
      2.  Solat Dhuha ialah Solat Orang Yang Bertaubat

Orang yang melakukan solat dhuha termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaubat. Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Tidaklah seseorang melakukan solat Dhuha, kecuali dia merupakan seorang yang bertaubat." (Riwayat Thabrani)

        3.  Mendapat Pahala Haji dan Umrah

Ada dua hadis untuk membuktikan statement di atas :

a)  Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang keluar daripada rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya adalah seperti pahala haji dan barang siapa yang melaksanakan solat dhuha maka pahalanya adalah seperti pahala umrah dan melaksanakan solat demi solat tanpa ada kesia-siaan antara kedua-duanya maka dia akan mendapat tempat yang tinggi." (Riwayat Abu Daud) 

b)   Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang solat subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT hingga matahari terbit, kemudia dilanjutkan dengan mengerjakan solat dhuha dua rakaat maka baginya pahala sepeti pahala haji dan umrah, sepenuhnya, sepenuhnya, sepenuhnya." (Riwayat Tirmidzi)
      4.   Termasuk dalam Golongan Ahli Ibadah

Orang yang solat dhuha termasuk dalam golongan orang-orang yang ahli ibadah. Abu Dzar berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

"Jika kamu melaksanakan solat dhuha dua rakaat maka kamu tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha empat rakaat maka kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang ahli ibadah. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha enam rakaat maka kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang dicukupkan segala keperluan. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha lapan rakaat, maka kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha sepuluh rakaat maka dosa-dosamu akan dihapuskan pada hari itu. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha dua belas rakaat maka Allah SWT akan menyediakan bagimu sebuah rumah di syurga," ( Riwayat Baihaqi )

Sesiapa yang tak tertarik nak baca perenggan tu boleh refer sini :


  • 2 rakaat = tak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai
  •  4 rakaat = termasuk dalam golongan orang-orang yang ahli ibadah
  • 6 rakaat = termasuk dalam golongan yang dicukupkan segala keperluan
  • 8 rakaat = termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung
  • 10 rakaat = dosa-dosa kita diampunkan pada hari itu
  • 12 rakaat = Allah bina rumah untuk kita di syurga, insyaAllah Amin.

       5. Masuk Syurga Melalui Pintu Dhuha

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang bernama pintu dhuha, apabila tiba hari kiamat maka berserulah seorang penyeru, "Dimanakah mereka yang istiqamah melakukan solat dhuha? Inilah pintu kalian maka masukilah syurga dengan rahmat Allah Taala." ( Riwayat Thabrani )
Bayangkan dalam sibuk, kacau bilau, huru hara kiamat nanti, kita dipanggil masuk pintu Dhuha. Allahuakbar, dengan solat dua rakaat secara konsisten je. Lama-lama, bila rajin tu mai sikit-sikit, bertambah lah rakaatnya :) Meh, sama-sama kita kena panggil masuk syurga melalui pintu Dhuha? Together, baru best !





Jumlah Rakaat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim , Lillahitaala.

"Kita boleh solat Dhuha ni dua rakaat je ke?" 

Aisyah R.A berkata : " Rasulullah SAW biasanya menunaikan solat dhuha empat rakaat dan baginda menambahnya menurut kemampuan atas kehendak Allah". ( Riwayat Muslim )
Sebenarnya dalam bab membahaskan berapa jumlah rakaat untuk solat dhuha ni, tak ada dalil qath`i (kuat) untuk menentukan minimum and maksimum rakaat yang boleh kita buat. Even Rasulullah SAW tak pernah mengehadkan jumlah rakaat untuk solat dhuha. Baginda hanya menggalakkan kita, sebagai umatnya untuk melaksanakan solat dhuha. 



Rasulullah sendiri pernah melaksanakan solat dhuha sebanyak 4 rakaat dan 8 rakaat. Tapi number of rakaat yang Rasulullah buat dulu ni takla penting mana.Yang penting, kena amalkan solat dhuha yang basicnya dua rakaat. Hee, dua rakaat je. Takyah la kedekut sangat tenaga tu. Nanti in return kita dapat lagi banyak tenaga. So use your energy on beneficial things! 

Ada dua cerita yang nak share : 

1)      Menurut Ibn Jarir at-Thabari, Abu Ja`far at-Thabari Hulaimi dan sebahagian ulama Salaf, tidak ada had dalam solat dhuha. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakha`i bahawa ada seseorang yang bertanya kepada Aswad bin Yazid : 
"Berapa rakaatkah saya harus mengerjakan solat dhuha? Ia menjawab : "Sesuka hatimu."
So, suka hati kita nak buat banyak mana. Kan ibadah? :)

2)      Sebuah hadis dari Sayyidatina Aisyah RA ketika ditanya oleh Muadzah : 

Muadzah pernah bertanya kepada Aisyah RA : "Berapa jumlah rakaat solat dhuha yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ?" Aisyah menjawab, "Empat rakaat dan baginda tambahkan sesuka baginda."

(Riwayat Muslim)

Tahukah Anda? 

Setiap rakaat Dhuha tu ada magic tau ! Kelas gituuuuew

Dari Abdillah bin `Amr Assahmiy, beliau merafakkan kepada Abi Dzar dan Abi Dzar merafakkannya kepada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda: 

              "Sesiapa sahaja yang melaksanakan dua rakaat solat dhuha maka dia tidak akan dicatat sebagai 

hamba yang lalai, sesiapa sahaja yang melaksanakan empat rakaat maka dia akan dicatat sebagai hamba 

yang taat, sesiapa sahaja yang melaksanakan enam rakaat maka akan dicukupkan keperluannya pada hari 

itu, sesiapa sahaja yang melaksanakan lapan rakaat maka dia akan dicatat sebagai ahli ibadah, sesiapa

sahaja yang melaksanakan dua belas rakaat maka Allah akan menyediakan rumah di syurga. Tidak ada satu

hari atau satu malam pun, kecuali Allah memilih hamba yang diberi nikmat untuk mampu bersedekah dan

tidaklah Allah memberikan sesuatu yang lebih baik kepada hamba-Nya selain daripada memberikan

petunjuk untuk mampu berzikir (meningat-Nya)."

(Riwayat Thabrani)

Wallahualam bissawwab.

With love from us :)


Hukum Solat Sunat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim , Lillahitaala.

Apa hukum solat sunat Dhuha?

Sunat aaaaa.

Ya la sunat apa?

Oh heee, sunat ghairu muakkad = dapat pahala kalau buat, tak dapat dosa kalau tak buat.

Sunat ke kita amalkan Dhuha secara berterusan?

Ce tengok hadis ni.

Berdasarkan hadis daripada Aisyah RA:
"Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat dhuha, tetapi aku selalu melaksanakannya. Jika Rasulullah SAW meninggalkan suatu amalan padahal baginda sebenarnya suka melaksanakannya, itu adalah kerana khuatir amalan tersebut dilaksanakan oleh ramai orang, lalu diwajibkan ke atas mereka." 
(Riwayat Muslim)

Solat sunat ni memang lah sunat dah. kalau kita buat secara berterusan tu baguslah. tapi tak sunat secara berterusan. Faham? Sebab Rasulullah SAW bersabda ; 
"Tidak ada yang memelihara pelaksanaan solat dhuha kecuali awwab (orang-orang yang selalu bertaubat). Ia juga termasuk dalam solat awwabiin (solat-solat orang yang suka  bertaubat)."
So terbaiklah kalau kita consistent.

Emm, kalau solat dhuha secara berjemaah hukumnya apa?

Majoriti para ulama berpendapat bahawa solat sunat boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian (munfarid) sebab Rasulullah sendiri pernah melakukan kedua-dua cara tu. 

Dari Imam Ahmad dari jalan az-Zuhriy dari Mahmud bin Ar-Robi`, dari Itban bin Malik, beliau mengatakan:

"Bahawa Rasulullah SAW pernah solat dhuha di rumahnya, lalu ketika itu para sahabat berada di belakang baginda SAW, lalu mereka mengikuti solat yang baginda SAW lakukan"

Based on the explanation given, the conclusion is congregational (berjemaah) Dhuha prayers hukumnya dibolehkan :) Akan tetapi, yang lebih utama adalah dilakukan secara munfarid (sendiri) dan lebih utama lagi dilakukan di rumah.

Wallahualam bissawwab.



With love from us :)

Introduction to Dhuha :)

Bismillahirrahmanirrahim, Lillahitaala.

Sebelum kitorang cerita pasal Dhuha, let us make it clear to you guys that the source of all of this information comes from this book, and kitorang put it on the blog sebab firstly, nak memudakan pemahaman mana-mana yang tak faham lagi dan kedua hehe bukan ramai sangat pun yang baca buku. Ramai lagi yang scroll tenet.


Alhamdulillah, haritu dalam dua bulan lepas tengah sibuk-sibuk pi mai pi mai hospital pun sempat Allah bagi chance untuk kami share serba sikit pasal Solat Dhuha. InsyaAllah, kita sambung sembang pasal Dhuha, ya uolls?

I`ll repeat again for the definition of Adh-Dhuha, which is

  • Adh-Dhuha -> berasal dari kata dhaha yang secara etimologi nya  bererti waktu matahari terbit pastu                         solat yang dilakukan pada waktu yang demikian
Dhaha ni ada banyak komponen ; 
  1. Dhahiyat al-lailah = tidak mendung
  2. Dhaha bi al-syati = mengorbankan kambing pada hari raya Adha            
  3. Istadha li asy-syamsyi = berjemur di bawah sinar matahari 
  4. Dhuwatun nahari = terik panas matahari
  5. Dhaha `anil amri = tidak tergesa-gesa
  6. tadhaha = makan pada waktu dhuha
Setakat ni, definition hat ni ja yang penting dalam topik kita pasal Dhuha :)

Waktu Solat Dhuha bila?

Oh saja nak peringat, waktu solat yang haram kita solat adalah pada waktu
  • sesudah solat subuh
  • sesudah solat asar
Okay, kita solat Dhuha time matahari dah naik segalah dan berakhir apabila matahari berada di tengah-tengah langit (zawal). 

Tapi bila paling afdhal? : ketika matahari benar-benar terbit dan mulai panas

Sebagaimana yang terdapat di dalam hadis: 

Diriwayatkan dari Zaid bin Arqam R.A. berkata : 
"Nabi SAW keluar menemui ahli Quba' ketika mereka sedang melaksanakan solat dhuha, lalu Nabi SAW bersabda: "Solat awwabin (orang-orang yang bertaubat) adalah ketika anak-anak unta merasa kepanasan". (Riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)
Okay next, adalah beberapa pendapat daripada para ulama tentang waktu untuk kita solat dhuha ;)


  1. Al-Rafi`i : waktu bermulanya kita solat Dhuha, adalah dari terbitnya matahari hingga kedudukan matahari dalam keadaan tegak lurus (istiwa)
  2. Imam an-Nawawi, dalam kitab Riyadhus Shalihin, solat dhuha dilaksanakan apabila terbitnya matahari lebih kurang setinggi tombak, hingga tergelincirnya matahari daari tengah-tengah langit (zawal). Lebih afdhal waktunya ketika matahari mulai panas.  
  3. Menurut Abdul Karim bin Muhammad Ar-Rifai (seorang ahli feqah bermazhab Syafii) solat dhuha lebih afdhal untuk dikerjakan semasa matahari mulai panas.
Sebenarnya ada pelbagai lagi pendapat daripada para ulama' but kami ambil tiga teratas, dan Alhamdulillah, kesemuanya lebih kurang sama :D

Tahukah Anda? 

Waktu terbitnya matahari di Arab Saudi jelas 
berbeza dengan Malaysia kan?
So kalau masa anak unta dah merasai
kepanasan adalah pukul 10 pagi di
Arab Saudi, sudah tentu di Malaysia pukul 4 petang.
So?    
Takda apa sebenanya, takyah la ikut time Arab Saudi, heeee.

Explain pepanjang ni so bilanya nak solat dhuha? 

Eh korang tengok la dah panas tu, time tu la paling afdhal *wink*wink*

Kalau mendung? Okay, so ikut jawapan dari Jabatan Mufti N9, katanya ;

 "Waktu dhuha adalah setengah jam selepas waktu syuruk hingga setengah jam sebelum waktu zuhur"

Apa kaifiat/cara nak solat Dhuha?    

Solat macam biasa sebenarnya, dua rakaat with the following surahs ;        


  1. Niat seperti gambar rajah di atas.   
  2. Baca mana-mana surah lazim dalam al Quran, tapi paling diutamakan untuk baca masa first rakaat is surah As-Syams 
  3. Whereas on your second rakaat, diutamakan baca Adh-Dhuha
p/s : Antara surah-surah lain yang dianjurkan untuk baca dalam solat dhuha ada Surah al-Ikhlas, surah al-Quraisy, surah adh-Dhuha, surah asy-Syams dan al-Waaqiah.

First rakaat
Second rakaat



       3. Habis bagi salam, practice doa selepas menunaikan solat Dhuha ; 




                                      Habis dah part intro *wink*wink*

Semoga bermanfaat. Wallahualam bissawab. 


With love from us :)








"Be like a flower that gives its fragrance to the hand that crushes it."