Hukum Solat Sunat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim , Lillahitaala.

Apa hukum solat sunat Dhuha?

Sunat aaaaa.

Ya la sunat apa?

Oh heee, sunat ghairu muakkad = dapat pahala kalau buat, tak dapat dosa kalau tak buat.

Sunat ke kita amalkan Dhuha secara berterusan?

Ce tengok hadis ni.

Berdasarkan hadis daripada Aisyah RA:
"Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat dhuha, tetapi aku selalu melaksanakannya. Jika Rasulullah SAW meninggalkan suatu amalan padahal baginda sebenarnya suka melaksanakannya, itu adalah kerana khuatir amalan tersebut dilaksanakan oleh ramai orang, lalu diwajibkan ke atas mereka." 
(Riwayat Muslim)

Solat sunat ni memang lah sunat dah. kalau kita buat secara berterusan tu baguslah. tapi tak sunat secara berterusan. Faham? Sebab Rasulullah SAW bersabda ; 
"Tidak ada yang memelihara pelaksanaan solat dhuha kecuali awwab (orang-orang yang selalu bertaubat). Ia juga termasuk dalam solat awwabiin (solat-solat orang yang suka  bertaubat)."
So terbaiklah kalau kita consistent.

Emm, kalau solat dhuha secara berjemaah hukumnya apa?

Majoriti para ulama berpendapat bahawa solat sunat boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian (munfarid) sebab Rasulullah sendiri pernah melakukan kedua-dua cara tu. 

Dari Imam Ahmad dari jalan az-Zuhriy dari Mahmud bin Ar-Robi`, dari Itban bin Malik, beliau mengatakan:

"Bahawa Rasulullah SAW pernah solat dhuha di rumahnya, lalu ketika itu para sahabat berada di belakang baginda SAW, lalu mereka mengikuti solat yang baginda SAW lakukan"

Based on the explanation given, the conclusion is congregational (berjemaah) Dhuha prayers hukumnya dibolehkan :) Akan tetapi, yang lebih utama adalah dilakukan secara munfarid (sendiri) dan lebih utama lagi dilakukan di rumah.

Wallahualam bissawwab.



With love from us :)

No comments:

Post a Comment

"Be like a flower that gives its fragrance to the hand that crushes it."