6. Allah SWT akan Mencukupkan Keperluannya
Diriwayatkan daripada Nu'aim bin Hammar Al-Ghothofaniy bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat rakaat solat di awal siang (di waktu dhuha). Maka itu akan mencukupkanmu di akhir siang".
7. Ibadah Sedekah Terhadap Seluruh Anggota Tubuh
Haaaa, this is our favorite part !
Tahukah Anda?
Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi bagaimana yang dijelaskan di dalam hadis dan dibuktikan oleh bidang perubatan. Pastu, dari setiap sendi yang kita ada tu, diWAJIBkan beri sedekah. Hawwwwwww, cemana tuueww? Hahaha so the following text is the miracle on how to make sedeqah with the benefit of 360 sendiS.
Bagi orang yang mengamalkan solat dhuha, maka akan dengan solatnya itu maksudnya dia dah sempurnalah sedekah terhadap 360 sendi tu. Seorang hamba yang ada pada pagi hari diharuskan baginya bersedekah untuk seluruh anggota tubuhnya dan bahawa sesungguhnya dengan melaksanakan solat dhuha dia dapat menyempurnakan seluruh anggota tubuhnya.
Daripada Abu Buraidah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Di dalam diri manusia terdapat tiga ratu enam puluh ruas tulang, hendaklah dia mengeluarkan satu sedekah untuk setiap ruas itu. Para sahabat bertanya: "Siapa yang mampu mengerjakan hal tersebut wahai Nabi SAW?". Nabi berkata: "Kahak di masjid yang engkau timbus, suatu halangan yang engkau singkirkan daripada jalan. Jika kamu tidak mampu melakukan sesuatu seperti itu, cukuplah bagimu solat dhuha dua rakaat." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
So terbukti dengan kukuhnya pasal pensyariatan solat Dhuha ni :) Dua rakaat solat dhuha, Alhamdulillah dah cukup untuk menyamai sedekah dengan 360 sendi. So kalau macam tu lah gayanya, memang patutlah kan solat Dhuha ni kita jadikan sebagai routine dan dikerjakan secara istiqamah !
8. Pelaburan Jangka Panjang
So as we all know, Solat ni macam kunci utama semua amal kebajikan. Baik solatnya, baik lah amal ibadah yang lain. Buruk solatnya, rosaklah seluruh amal ibadahnya.
Solat sunat ni penting sebab dengan solat sunat ni, dia act as kita punya penyempurna kepada segala kekurangan yang ada dalam solat fardhu kita :) Dalam hal ni, solat dhuha jadi sebuah pelaburan (jangka panjang). Heeeee, harap faham, eh?
9. Mendapat Keuntungan yang Besar
Subtopic ni, ada ceritanya yang disampaikan oleh Abdullah bin `Amr bin `Ash, dia berkata:
"Rasulullah SAW telah mengirimkan sepasukan tentera. Lalu pasukan tentera itu memperoleh harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali dari medan perang. Perkara tersebut telah menjadi tajuk perbualan orang ramai. Maka Rasulullah SAW bersabda; "Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang lebih beruntung daripada cepat tamatnya perang, banyak memperoleh harta rampasan dan cepat kembali dari medan perang? Iaitu orang yang berwudhuk, kemudian menuju ke masjid untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Dialah yang lebih beruntung daripada cepat tamat peperangan, banyak memperoleh harta rampasan dan cepat kembalinya". ( Riwayat Ahmad )
SubhanAllah. So bersyukurlah kamu yang dulu-dulu tu masa zaman sekolah or sesiapa yang masih sekolah, lepastu sekolahnya ada jadual pula untuk solat Dhuha.
Alhamdulillah, maktab kitorang ada buat jadual setiap khamis pagi ada slot untuk solat Dhuha di masjid pulak tu. Hehehe, tengok tu? Worth it kan sesiapa yang pergi solat dhuha setiap khamis pagi dekat maktab dulu? Untung gila beb. Hee, lepas keluar maktab, jom try buat benda sama? :)
10. Disediakan Istana di Syurga beb!
Okay, untuk subtopic terakhir ni, hadisnya terdapat dalam hadis yang awai2 dekat subtopic ke-4. Yang hadis tu kata
" Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha dua belas rakaat, maka Allah SWT akan menyediakan bagimu sebuah rumah di syurga." (Riwayat Baihaqi)
Tu lah hadisnya hehe.
Conclusion
Ni yang kami listkan sampai 10 ni memang banyak ni je yang ada dalam buku. Tapi fefaham la kalau dalam buku pun dah syok kita baca, apatah lagi kelebihan2 lain yang Allah je tahu syok dia macam mana?
Alhamdulillah, this is the last post untuk #KempenJomDhuha kitorang. Semua ni kami buat semata-mata kerana Allah dan harap menjadi motivasi agar kita lebih mengambil berat, memelihara dan membiasakan diri dengan solat dhuha.
Malas? Lawan lah !
Dengan syaitan paling kita kena cuba untuk TAK mengalah :D Cuba itu penting.
Tahukah Anda?
Solat dhuha ni ada keistimewaan yang sangat out of the ordinary! sebab kita sebagai manusia biasa akan rasa sangat-sangat berat nak menunaikannya. Lagi-lagi untuk uolls yang nak gi kerja ke, nak gi class ke, kuliah ke apa ke. Sebab time Dhuha tu la time weolls dalam transport nak ke suatu destinasi, kan?
Walhal en, benda takdalah susah mana. 5 minit je sayang. 5 minit apa ada hal berbanding dengan 24 jam yang Allah pinjamkan kat kita ? Mungkin en, kita rasa susah nak buat sebab dua benda simple je which is pertama, tak biasa lagi and kedua, tak tahu lagi keistimewaan solat dhuha.
Tapi kalau dah biasa nanti? Dengan tahu pulak keistimewaan solat dhuha? Dengan iman yang bertambah-tambah kuat nanti (insyaAllah) ? Confirm buat, kan? Walau cemana pun keadaan kita nanti, mesti nak utamakan solat Dhuha kan? Bahkan, kita akan rasa sayang akan keutamaan redha Allah SWT yang ada pada ibadah yang kita bincangkan ni.
Last2. Hehehe, the last text of our post untuk #KempenJomDhuha is taken directly from the book itself which is :
"Cahaya Ilahi sentiasa memancarkan fadhilatnya bagi para hambaNya yang selalu taat dan patuh serta mengharapkan redha-Nya. Itulah kelebihan solat di waktu pagi (solat dhuha) yang sangat rapat kaitannya dengan kelapangan hidup lantara Nur Ilahi yang menerangi hati, serta keluasan dan keberkatan rezeki disebabkan aura Nur Ilahi yang mengiringi segala aktiviti.
Kemurahan dan keberkatan rezeki dapat dicapai dengan melaksanakan solat dhuha secara istiqamah. Keajaiban dan kelebihan di sebalik ibadah ini akan membawa kekayaan dan kebahagiaan dalam hidup"
- Ahmad Farhan Chairullah, S.Hi
- Ustaz Arifal Firdaus, S.Hi
Wallahualam bissawab. Harap dengan semua post sepanjang 4 hari #KempenJomDhuha ni, bermanfaat untuk semua, serta sama-sama kita praktikkan amalan ini untuk kebaikan diri sendiri serta usaha kita memenuhkan baldi yang belum penuh dengan pahala dan rahmat Allah SWT. Amalkan tau :D
Thank you very much.
ReplyDeleteIam proud of you.
It is me ahmad farhan choirullah an author of that book.