InsyaAllah post yang ni eheee, panjang sikit lah na. Ada 10 subtopic that`s why :)
Sebenarnya kelebihan solat dhuha ni tak cukup kalau nak cerita macam tu ja and tak dapat lah kami nak ucapkan dengan kata-kata walau sefasih mana sekalipun percakapan someone tu kecuali dengan firman Allah SWT, demi waktu matahari naik segalah (dhuha ) yang dengannya Dia telah memberikanmu petunjuk dan tidak membiarkanmu dalam kebingungan. Yang dengan-Nya juga dia telah memberikanmu banyak kurnia. Oleh kerananya wajib bagimu untuk mensyukurinya.
Cemana nak tunjuk kita bersyukur? = ni topik lain.(plus,korang pun boleh jawab) lenkali kita sembang. Hhehe taknak lari topik kayss.
Rasulullah SAW bersabda:
"Pada pagi hari diharuskan ke atas setiap sendi pada tubuh badan kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanAllah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (Laa Ilaha IllAllah) adalah sedekah dan setiap bacaan takbir (Allahuakbar) juga adalah sedekah. Begitu juga amar ma`aruf (mengajak kepada kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) ialah sedekah. Ini semua boleh dicukupkan (diganti) dengan melaksanakan solat dhuha sebanyak dua rakaat.
(Riwayat Ahmad, Muslim dan Daud)
Cool gila kot. Benda banyak gila tapi boleh pulun, simpan, balut dalam satu packet, and yet still dapat pahala yang sama banyak. Serious cool.
![]() |
Memang awesome kay ! |
Okay so kan ada 10 subtopic, so untuk kelebihan Dhuha, kitorang buat two parts with each 5 subtopics in them.
- Solat Dhuha dapat menghapus dosa-dosa
Rasulullah SAW bersabda ;
"Barangsiapa menjaga solat dhuha maka dosa-dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di laut" ( Riwayat Tirmidzi )
2. Solat Dhuha ialah Solat Orang Yang Bertaubat
Orang yang melakukan solat dhuha termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaubat. Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Tidaklah seseorang melakukan solat Dhuha, kecuali dia merupakan seorang yang bertaubat." (Riwayat Thabrani)
3. Mendapat Pahala Haji dan Umrah
Ada dua hadis untuk membuktikan statement di atas :
a) Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang keluar daripada rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib maka pahalanya adalah seperti pahala haji dan barang siapa yang melaksanakan solat dhuha maka pahalanya adalah seperti pahala umrah dan melaksanakan solat demi solat tanpa ada kesia-siaan antara kedua-duanya maka dia akan mendapat tempat yang tinggi." (Riwayat Abu Daud)
b) Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang solat subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT hingga matahari terbit, kemudia dilanjutkan dengan mengerjakan solat dhuha dua rakaat maka baginya pahala sepeti pahala haji dan umrah, sepenuhnya, sepenuhnya, sepenuhnya." (Riwayat Tirmidzi)
4. Termasuk dalam Golongan Ahli Ibadah
Orang yang solat dhuha termasuk dalam golongan orang-orang yang ahli ibadah. Abu Dzar berkata bahawa Nabi SAW bersabda :
"Jika kamu melaksanakan solat dhuha dua rakaat maka kamu tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha empat rakaat maka kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang ahli ibadah. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha enam rakaat maka kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang dicukupkan segala keperluan. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha lapan rakaat, maka kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha sepuluh rakaat maka dosa-dosamu akan dihapuskan pada hari itu. Atau jika kamu melaksanakan solat dhuha dua belas rakaat maka Allah SWT akan menyediakan bagimu sebuah rumah di syurga," ( Riwayat Baihaqi )
Sesiapa yang tak tertarik nak baca perenggan tu boleh refer sini :
- 2 rakaat = tak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai
- 4 rakaat = termasuk dalam golongan orang-orang yang ahli ibadah
- 6 rakaat = termasuk dalam golongan yang dicukupkan segala keperluan
- 8 rakaat = termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung
- 10 rakaat = dosa-dosa kita diampunkan pada hari itu
- 12 rakaat = Allah bina rumah untuk kita di syurga, insyaAllah Amin.
5. Masuk Syurga Melalui Pintu Dhuha
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang bernama pintu dhuha, apabila tiba hari kiamat maka berserulah seorang penyeru, "Dimanakah mereka yang istiqamah melakukan solat dhuha? Inilah pintu kalian maka masukilah syurga dengan rahmat Allah Taala." ( Riwayat Thabrani )
Bayangkan dalam sibuk, kacau bilau, huru hara kiamat nanti, kita dipanggil masuk pintu Dhuha. Allahuakbar, dengan solat dua rakaat secara konsisten je. Lama-lama, bila rajin tu mai sikit-sikit, bertambah lah rakaatnya :) Meh, sama-sama kita kena panggil masuk syurga melalui pintu Dhuha? Together, baru best !
No comments:
Post a Comment