Bismillahirrahmanirrahim , Lillahitaala.
"Kita boleh solat Dhuha ni dua rakaat je ke?"
Aisyah R.A berkata : " Rasulullah SAW biasanya menunaikan solat dhuha empat rakaat dan baginda menambahnya menurut kemampuan atas kehendak Allah". ( Riwayat Muslim )
Sebenarnya dalam bab membahaskan berapa jumlah rakaat untuk solat dhuha ni, tak ada dalil qath`i (kuat) untuk menentukan minimum and maksimum rakaat yang boleh kita buat. Even Rasulullah SAW tak pernah mengehadkan jumlah rakaat untuk solat dhuha. Baginda hanya menggalakkan kita, sebagai umatnya untuk melaksanakan solat dhuha.
Rasulullah sendiri pernah melaksanakan solat dhuha sebanyak 4 rakaat dan 8 rakaat. Tapi number of rakaat yang Rasulullah buat dulu ni takla penting mana.Yang penting, kena amalkan solat dhuha yang basicnya dua rakaat. Hee, dua rakaat je. Takyah la kedekut sangat tenaga tu. Nanti in return kita dapat lagi banyak tenaga. So use your energy on beneficial things!
Ada dua cerita yang nak share :
1) Menurut Ibn Jarir at-Thabari, Abu Ja`far at-Thabari Hulaimi dan sebahagian ulama Salaf, tidak ada had dalam solat dhuha. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakha`i bahawa ada seseorang yang bertanya kepada Aswad bin Yazid :
"Berapa rakaatkah saya harus mengerjakan solat dhuha? Ia menjawab : "Sesuka hatimu."
So, suka hati kita nak buat banyak mana. Kan ibadah? :)
2) Sebuah hadis dari Sayyidatina Aisyah RA ketika ditanya oleh Muadzah :
Muadzah pernah bertanya kepada Aisyah RA : "Berapa jumlah rakaat solat dhuha yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ?" Aisyah menjawab, "Empat rakaat dan baginda tambahkan sesuka baginda."
(Riwayat Muslim)
Tahukah Anda?
Setiap rakaat Dhuha tu ada magic tau ! Kelas gituuuuew
Dari Abdillah bin `Amr Assahmiy, beliau merafakkan kepada Abi Dzar dan Abi Dzar merafakkannya kepada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:
"Sesiapa sahaja yang melaksanakan dua rakaat solat dhuha maka dia tidak akan dicatat sebagai
hamba yang lalai, sesiapa sahaja yang melaksanakan empat rakaat maka dia akan dicatat sebagai hamba
yang taat, sesiapa sahaja yang melaksanakan enam rakaat maka akan dicukupkan keperluannya pada hari
itu, sesiapa sahaja yang melaksanakan lapan rakaat maka dia akan dicatat sebagai ahli ibadah, sesiapa
sahaja yang melaksanakan dua belas rakaat maka Allah akan menyediakan rumah di syurga. Tidak ada satu
hari atau satu malam pun, kecuali Allah memilih hamba yang diberi nikmat untuk mampu bersedekah dan
tidaklah Allah memberikan sesuatu yang lebih baik kepada hamba-Nya selain daripada memberikan
petunjuk untuk mampu berzikir (meningat-Nya)."

(Riwayat Thabrani)
Wallahualam bissawwab.
With love from us :)
No comments:
Post a Comment